Monday, December 3, 2012

aku ingin dirahmati allah..

salam.. terlalu lama aku tk bkata2.. terlalu byk aku memendam rasa.. ingin ku luah tp tk tluah.. aku ingin mbuat pilihan tp tkde apa ygboleh ku pilih melainkan meneruskan jalan sedia ada.. yaallah berilah aku rahmatmu.. berilah aku peluang memilih jlnmu.. jauhkan aku dr segala kesesatan..
aku ingin bahgia dan tenanggggg


Friday, June 22, 2012

win win situation

salam.. kdg2 kita selalu fikirkan perasaan org lain walaupun org tk pernah akan fikirkan ttg kita.. dg2 bila kita nk mengembirakan org lain kita cuba bt terbaik tp bila niat kita disalah erti or dipertikaikan, lbh baik kita fikirkan hati & perasaan kita shj. abaikan hati orglain... tk semua wn win situation itu blh digunakan.. kdg2 hya buang masa sje...

Saturday, May 19, 2012

Hati yg parah

Kdg2 tiada siapa yg dpt menduga apa yg akan tjadi pd esok hari. Oleh itu kita harus tabah & bsedia walau apa pun apa akan blaku...
Rutin sbgai seorg isteri & ibu, hariannya tetap sama.. sentiasa akan memikirkan keperluan & kpentingan keluarga.. kdg2 perasaan penat & bosan dlm hidupku.. sabar & sabar..

Friday, March 30, 2012

Utk pengetahuan kita semua- Tak semua dari kita tahu pasal ni..

Dianggarkan 30% daripada masalah kemandulan (kesuburan) berpunca daripada pihak suami manakala 30% lagi dari isteri.

Apabila janin seseorang berjantina perempuan terbentuk dalam rahim ibunya, ia dibekalkan hampir 2,000,000 bakal benih tersimpan di dalam sepasang kilang telur atau ovari.

Kedua-dua belah ovari yang terbentuk di bawah kedua-dua buah pinggang akan turun perlahan-lahan ke arah pinggang dan terletak di kedua-dua belah rahim.

Telur-telur ini tidak akan berfungsi sehinggalah gadis tersebut mencapai umur matang.

Kesannya hanya 50,000 biji telur yang tinggal dan berupaya mengembang apabila perlu untuk menjadi telur yang matang

Ovari akan mula berfungsi menghasilakn benih-benih yang matang apabila menerima rangsangan hormon FSH dan LH dari kelenjar pituitary otak.

Secara am, kedua-dua belah ovari bergilir-gilir menghasilkan telur bagi setiap pusingan haid


MENGATASI MASALAH KETIDAKSUBURAN DAN KEMANDULAN
Salah satu perkara yang paling digerunkankan oleh mereka yang berumah tangga adalah ketidaksuburan atau kemandulan. Bagi wanita, ketidaksuburan atau kemandulan disebabkan kerana gagalnya pelepasan sel telur atau indung telur tidak dapat menghasilkan sel telur yang matang.

Dengan demikian tidak terjadi ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi kehamilan.

Keadaan ini disebut sebagai ovulation disorder. Penyebab lainnya adalah tertutupnya atau tersumbatnya tiub fallopio atau saluran telur. Atau adanya endometriosis atau sering dikenali sebagai cyst iaitu terdapat ketumbuhan di luar rahim.

Manakala bagi lelaki, ketidaksuburan sering disebabkan kerana tidak adanya produksi sperma pada pundi sperma. Jikapun ada pundi sperma, namun jumlahnya sangat sedikit sehingga ketika masuk ke vagina, tidak ada sperma yang berhasil menembusi sel telur.

Bayi tabung uji adalah salah satu cara untuk mengatasi ketidaksuburan. Bayi tabung uji pertama kali berhasil dilakukan terhadap seorang bayi perempuan bernama Louise Joy Brown di Britain pada 25 Julai 1978.

Prosesnya dilakukan dengan mengambil sel telur dari ovari ibu lalu disatukan dengan sperma ayah dalam sebuah medium cair di tabung uji makmal. Lalu sel telur tadi disenyawakan di makmal tersebut.

Setelah sel telur disenyawakan, sekitar dua setengah hari kemudian, sel telur telah terbagi menjadi lapan sel yang sangat kecil. Kemudian dimasukkan ke dalam uterus atau rahim ibu untuk berkembang secara normal menjadi bayi.

Sejak itu, pelbagai terapi dan teknologi dikembangkan untuk mengatasi masalah kesuburan baik pada lelaki mahupun wanita.

Proses bayi tabung uji dilakukan dengan proses yang dikenali sebagai in vitro fertilization (IVF) atau persenyawaan in vitro.

IVF menjadi momentum untuk pengembangan perawatan dan terapi berikutnya untuk teknologi pembantu reproduksi atau assisted reproductive technology (ART).

ART merangkumi pelbagai perawatan untuk masalah kesuburan. Termasuk sel telur dari wanita lain lalu disenyawaan untuk dikembangkan di rahim seorang wanita yang lain.

Pada tahun 1994 di Itali, seorang wanita tua berusia 62 tahun yang sudah tidak memiliki sel telur telah melahirkan seorang bayi yang berasal dari sel telur wanita lain yang disenyawakan dengan sperma suaminya. Oleh itu, ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kesuburan.

Begitu juga ada pelbagai teknik Perawatan Masalah Ketidaksuburan. Ada beberapa jenis perawatan untuk masalah kesuburan baik untuk lelaki maupun wanita.

Selain bayi tabung uji, perawatan-perawatan berikut juga telah melalui serangkaian proses penelitian dan angka keberhasilannya cukup memuaskan bagi pasangan yang memiliki masalah kesuburan.

Namun sebelum Anda menggunakan salah satu cara perawatan masalah kesuburan, sebaiknya Anda perlu membuat kajian secara mendalam terlebih dahulu dan berdiskusi baik kepada para doktor mahupun kepada para ulamak.

Beberapa ulamak menganggap bahawa persenyawaan secara bayi tabung uji termasuk melanggar hukum agama. Khususnya jika persenyawaan bayi dilakukan bukan di rahim ibu yang memberikan sel telur ataupun bukan menggunakan sperma yang berasal dari suami sendiri.

Dengan kata lain, bagi beberapa pandangan ulamak, jika melibatkan pihak ketiga baik sebagai penderma mahupun penerima, persenyawaan yang bukan dari suami atau isteri sah, itu sudah dianggap melanggar hukum agama. Oleh itu, masalah memilih perawatan ini adalah keputusan peribadi setiap pasangan dan perlu didiskusikan secara mendalam.

Sebelum memutuskan memilih jenis teknik perawatan untuk masalah ketidaksuburan, sebaiknya Anda hendaklah bertanya secara mendalam kepada doktor yang menangani masalah Anda. Tanyakan apa saja kerugian dan keuntungan dari segala teknik untuk anda mahupun pasangan anda. Begitu juga tanyakan pelbagai risiko yang boleh terjadi terhadap anda dan pasangan anda.

Beberapa jenis teknik perawatan untuk masalah ketidaksuburan yang memiliki tingkat keberhasilan cukup tinggi di antaranya iaitu:


1. ARTIFICIAL INSEMINATION

Permanian berhadas bermaksud memasukkan sperma dari seorang lelaki ke dalam organ reproduksi wanita tanpa melalui hubungan seks atau bukan secara semulajadi.

Sperma diambil dengan alat tertentu dari seorang lelaki kemudian disuntik ke dalam rahim isteri sehingga terjadi persenyawaan dan kehamilan. Biasanya doktor akan menganjurkan permanian beradas sebagai langkah pertama sebelum menerapkan terapi atau perawatan jenis lain.


2. GIFT (Gamete Intrafallopian Transfer)
GIFT yang merupakan singkatan dari Gamete Intrafallopian Transfer merupakan teknik yang mulai diperkenalkan sejak tahun 1984.

Tujuannya ialah untuk menciptakan kehamilan. Prosesnya dilakukan dengan mengambil sel telur dari ovari atau indung telur wanita lalu dipertemukan dengan sel sperma lelaki yang sudah dibersihkan dengan menggunakan alat yang bernama laparoscope. Sel telur dan sperma yang sudah dipertemukan tersebut dimasukkan ke dalam tiub fallopio wanita melalui potongan kecil di bagian perut melalui pembedahan laparoskopik, sehingga diharapkan akan terjadi persenyawaan dan kehamilan.


3. IVF (In Vitro Fertilization)

IVF atau In Vitro Fertilization dikenal juga sebagai prosedur bayi tabung uji. Mula-mula sel telur wanita dan sel sperma disenyawakan di dalam tabung uji. Kemudian, setelah terjadi persenyawaan, hasilnya yang sudah berupa embrio dimasukkan ke dalam rahim melalui serviks.


4. ZIFT (Zygote Intrafallopian Transfer)
ZIFT atau Zygote Intrafallopian Transfer merupakan teknik pemindahan zigot atau sel telur yang telah disenyawakan. Proses ini dilakukan dengan cara mengumpulkan sel telur dari indung telur seorang wanita lalu disenyawakan di luar tubuhnya. Kemudian setelah sel telur terjadi persenyawaan, ia dimasukkan kembali ke tiub fallopio melalui pembedahan di bagian perut yang dikenali sebagi pembedahan laparoskopik. Teknik ini merupakan kombinasi antara teknik IVF dan GIFT.


5. ICSI (Intracytoplasmic Sperm Injection)
ICSI atau Intracytoplasmic Sperm Injection dilakukan dengan memasukkan sebuah sel sperma terus ke sel telur. Dengan teknik ini, sel sperma yang kurang aktif maupun tidak matang dapat digunakan untuk mensenyawakan sel telur.

Oleh itu, anda tidak perlu gusar jika pasangan anda mengalami masalah ketidaksuburan, kerana semuanya boleh diatasi dengan pelbagai teknologi moden yang ada.

Sebenarnya, kemandulan bukan penyakit. Ia adalah suatu fenomena semasa. Oleh itu ia boleh dirawat selagi organ pembiakan (testis bagi lelaki dan ovari bagi wanita) masih ada.

Kemandulan yang sebenar ialah apabila organ pembiakan ini (testis dan ovari) diserang sel kanser atau telah dibuang melalui pembedahan.


PUNCA KEMANDULAN

Zigot terjadi daripada persenyawaan benih (ovum dan sperma) yang sihat dan bertenaga. Semua pasangan mampu menghasilkan benih, tetapi tahap kesihatannya berbeza mengikut sebab-sebab tertentu.

FAKTOR TENAGA (SPIRITUAL)

Benih yang dilepaskan daripada organ pembiakan akan turut dibekalkan dengan tenaga. Oleh itu benih boleh berdikari sendiri.

Keletihan atau menghidap pelbagai penyakit kronik akan menyebabkan tenaga berkurangan dan memendekkan jangka hayat benih. Untuk mengatasi masalah keletihan, amalkan mandi terlebih dahulu sebelum bersama.

FAKTOR EMOSI

Organ pembiakan (ovari dan testis) akan terangsang untuk menghasilkan benih yang sihat dan bertenaga apabila terdapat rangsangan cinta dan nafsu. Bilangan sperma yang dihasilkan oleh suami adalah bergantung kepada ketinggian tahap cinta dan nafsunya. Semakin tinggi cinta dan nafsu maka semakin banyak bilangan sperma yang dihasilkan.

Walaupun sperma dapat dihasilkan dengan mecukupi, tetapi tanpa cinta dan nafsu daripada isteri, maka ovum yang dilepaskan tidak bersedia untuk bersenyawa dengan sperma. Oleh itu, setiap pasangan perlu ada rasa cinta dan nafsu untuk menggalakkan persenyawaan benih.

Pengaruh faktor emosi ini biasa terjadi kepada pasangan yang telah lama berkahwin. Kebiasaannya salah seorang pasangan hanya ada cinta atau hanya ada nafsu sahaja.

Kehadiran cinta dan nafsu dipengaruhi oleh tenaga pada organ pembiakan itu sendiri. Organ pembiakan mempunyai sukatan frekuesi pada julat 601 hingga 729 nanometer mempengaruhi pengaruhi psikologi nafsu, keinginan, kelapangan dan keghairahan.
Faktor emosi adalah faktor utama punca kemandulan. Selain ketiadaan perasaan cinta dan nafsu, rasa tanggung jawab yang berlebihan juga faktor utama. Walaupun tanggung jawab itu perlu, tetapi ia tidak sesuai digunakan bagi tujuan hubungan intim.


FAKTOR MENTAL
Biasanya, pasangan yang merancang keluarga akan setkan mindanya untuk tidak bersedia menerima anak. Oleh itu, tubuhnya akan berada dalam keadaan tidak dapat menyediakan ruang untuk kesuburan.

Mereka yang pernah cuba untuk merancang anak, perlu baiki mindanya dengan cara persiapan minda juga supaya dapat peluang untuk mendapatkan anak.


FAKTOR FIZIKAL

Walaupun isteri mendapat kitaran haid yang seperti biasa, tetapi disebabkan tiub fallopio terhimpit oleh usus, maka ia tidak dapat dilepaskan ke dalam rahim untuk disenyawakan.

Antara tanda tiub fallopio terhimpit ialah tempoh haid yang tidak seragam, haid lewat atau telalu cepat. Antara tanda lain ialah masalah usus yang lemah hingga tandanya boleh dilihat melalui perut yang buncit.


FAKTOR PENTING BERLAKUNYA PROSES KEHAMILAN:
1. Waktu isteri subur iaitu ketika isteri mengeluarkan ovum atau benih supaya dapat dipersenyawakan oleh benih lelaki iaitu sperma.

2. Suami mempunyai sprema yang cukup dan sihat untuk proses persenyawaan.

3. Saluran tiub fallopio isteri mestilah berfungsi dengan baik atau tidak tersumbat.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.


PETUNJUK WAKTU SUBUR WANITA
Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan ovum atau benihnya (proses ovulasi).

Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja (hanya sekali sebulan).

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.


1. MENSTRUASION (PUSINGAN HAID)
Kitaran haid seseorang wanita adalah satu fenomena yang kompleks. Kitaran haid ini berbeza untuk setiap wanita. Ia boleh berubah dengan bertambahnya umur. Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur.

Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.

Dalam proses tersebut setiap wanita akan melalui satu lagi proses atau fasa iaitu proses ovulasi (fasa luteum) iaitu proses pengeluaran telur dari follikel yang telah matang), follikel akan membentuk corpus luteum. Corpus luteum inilah yang mengeluarkan hormon progesterone.

Keadaan ini selalunya berpanjangan sehingga 12 - 13 hari kecuali dalam keadaan mengandung. Sekiranya tidak mengandung, corpus luteum akan berhenti membuat progesterone dan haid akan datang dalam masa sehari atau dua selepas itu.

Bagi kebanyakan perempuan, fasa luteum ini adalah 14 hari. Ada wanita yang tidak subur yang mengalami fasa ini dengan lebih singkat. Untuk tujuan pengiraan sekiranya anda tidak tahu, fasa luteum ini diambil sebagai 14 hari.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.


2. BASAL BODY TEMPRETURE (CATATAN SUHU BADAN)
Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer".

Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah.

Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.


3. PEMERIKSAAN BENDALIR PADA PANGKAL RAHIM
Semasa subur, bendalir serviks menyerupai putih telur yang mentah akan dihasilkan (jernih atau tanpa warna). Ia dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Setelah ovulasi selesa, bendalir serviks ini menjadi semakin pekat, kental, berwarna keputihan dan kuantitinya semakin berkurangan. Jadi kita boleh memeriksa bendalir serviks ini yang biasanya melekat pada seluar dalam atau kawasan faraj kita.


4. PEMERIKSAAN POSISI PANGKAL RAHIM
Kita boleh menyentuh serviks sendiri dengan memasukkan satu jari secara perlahan-lahan ke dalam faraj. Sewaktu kita subur, serviks dikatakan terletak tinggi di dalam faraj dan terasa lembut.

Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:


1. UJIAN DARAH

Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.


2. UJIAN D & C:
Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak.


3. PEMERIKSAAN FIZIKAL
Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:
a. Buah dada
b. Kilang tiroid pada leher
c. Sistem peranakan

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Pelbagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai sistem peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.


4. PEMERIKSAAN LAPAROSKOPI
Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.


5. UJIAN HYSTEROSALPINGOGRAM (X-RAY)
Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.


6. PEMERIKSAAN MENGGUNAKAN ALAT CLEAR PLAN
Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap hormon LH di dalam air kencing . Hormon LH dari kalenjar pituitary akan meningkat naik sekali dalam sebulan pada tubuh wanita yang subur. Hormon LH ini akan bertindak ke atas ovari seolah-olah memberitahu ovari bahawa masa ovulasi telah tiba. Kaedah ini hanya digunakan dengan nasihat dan khidmat doktor.


RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK

Biasanya kemandulan dibahagikan kepada kemandulan primer iaitu mereka yang tidak pernah hamil atau melahirkan cahaya mata. Manakala kemandulan sekunder pula bermaksud mereka yang pernah hamil sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat, samada mengalami keguguran atau kandungan yang tidak cukup bulan.

Antara punca yang ketara kemandulan ialah kurang rangsangan hormon dari otak, terdapat beberapa penyakit atau keadaan yang mempengaruhi penghasilan telur. Kemurungan atau kerungsingan juga boleh menyebabkan kemandulan.

Jika anda mengalami kemandulan primer atau sekunder, kami di Kumpulan Perubatan Elektronik mempunyai penawar elektromagnetik yang mampu mengatasi masalah kemandulan atau sakit puan.

Biasanya kami menggalakkan supaya suami dan isteri datang ke pusat perubatan kami supaya kami boleh mengambil kedua-dua DNA anda seperti rambut, darah, air liur dan air kencing supaya Perubatan Elektronik dapat mengkodkan kerosakan DNA anda dan seterusnya kami akan memproses ubat penawar gelombang elektromagnetik supaya kerosakan DNA anda berdua dapat dipulihkan secara semulajadi.

Jika boleh, suami pula digalakkan memberi spicemen air mani supaya kami boleh membuat ubat yang mampu mengaktifkan sperma sehingga ia dapat aktif dan bekerja keras untuk sampai ke ovum.

Tujuan kami mengambil specimen DNA anda berdua supaya Perubatan Elektronik dapat merawat penyakit dalaman isteri, memperbaiki saluran tuib fallopia, memperbaiki kitaran haid dan mengaktifkan spermatozoa suami.

Disamping itu, kami akan melakukan 'Therapy Auto-Nosode' yang bertujuan memancarkan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang halus (125,000 kali lebih halus dari nano) secara langsung supaya sel-sel tubuh yang mati dapat diaktifkan semula.

Anda berdua dikehendaki mengamalkan Perubatan Elektronik selama 6 bulan hingga setahun kerana kesuburan bagi kaum wanita hanya sekali dalam sebulan iaitu pada hari ke-15 yang dikira mulai haid hari pertama.

Natijahnya, Perubatan Elektronik sangat sesuai untuk mereka yang inginkan zuriat dan perubatan Elektronik juga sangat sesuai bagi ibu-ibu yang mengandung.

Selain menjaga perkembangan janin dalam kandungan, Perubatan Elektronik juga mampu mengurangkan komplikasi ibu yang mengandung seperti alahan, tekanan darah rendah, mual, tidak selera makan dan pelbagai komplikasi lain.

Thursday, March 29, 2012

Petua lah pulak..

Petua Untuk Mengharumkan
Bau Badan

Pilihan 1: Kisar sehingga 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jus daun pandan untuk dijadikan sebagai mandian. Campurkan dengan air biasa. Lakukan sekali seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri. Gosokkan jus ini di bawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum.

Pilihan 2: Cincang halus-halus kulit buah oren. Kemudian celur ke dalam secawan air panas yang telah mendidih. Biarkan sehingga menjadi kuning dan berminyak. Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. Tubuh anda akan berasa sungguh segar dan berbau harum.

"THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET”.

Dalam hal rumahtangga, wujud kasih sayang dan cinta antara suami isteri. Ia perlu dizahirkan. Biasanya isteri lebih banyak dan pandai menzahirkannya. Suami pula biasanya kurang romantik dan kurang menzahirkannya. Walau bagaimanapun setiap pasangan harus memulakannya. Jangan hanya harap pasangan anda menzahirkannya sedangkan anda hanya diam sahaja. “THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET”.

Kata kata indah di pagi Jumaat

 
 
 
Hidup Ini Kadang-Kadang
Serba Salah

Terdapat suatu kisah di mana seorang lelaki bersama anaknya membawa seekor keledai ke pasar. Di tengah jalan, beberapa orang melihat mereka dan menyindir: “Lihatlah orang dungu itu. Mengapa mereka tidak naik ke atas keledai itu?”

Kedua-dua bapa dan anaknya mendengar sindiran tersebut. Maka dia suruh anaknya naik ke atas keledai. Seorang perempuan tua melihat mereka dan berkata: “Sudah terbalik dunia ini. Anak itu tidak ada perasaan. Sanggup dia duduk selesa di atas keledai, sedangkan ayahnya yang tua dibiarkan berjalan!”

Kali ini anak itu turun dari punggung keledai dan ayahnya yang naik. Beberapa saat kemudian mereka bertemu dengan seorang gadis muda. “Mengapa kalian berdua tidak menaiki keledai itu bersama-sama?”

Maka mereka pun menuruti nasihat gadis muda itu. Tidak lama kemudian, mereka terserempak dengan sekumpulan orang dan berkata: “Binatang malang…., ia menanggung beban dua orang gemuk tidak berguna. Kadang-kadang manusia memang sangat kejam! ”

Sampai di sini, ayah dan anak itu sudah muak. Mereka memutuskan untuk memikul keledai itu. Melihat kejadian itu, mereka tertawa dan berkata: “Lihat, manusia keledai memikul keledai ” sorak mereka.

Jika anda cuba menyenangkan atau memuaskan hati semua orang, pasti anda tidak akan dapat menyenangkan sesiapa pun. Fikir-fikirkanlah.